Tuesday, February 3, 2009


ABDUL AZIZ (kiri) bersalaman dengan Azman sambil diperhatikan oleh Chun Wai dan Soo Heong (kanan) di Istana Negara semalam.

TAHNIAH. Seramai 274 orang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena Hari Wilayah Persekutuan ke-35 di Istana Negara semalam.

Mendahului senarai penerima anugerah ialah Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima anugerah ialah Penasihat Editorial Bernama, Datuk Azman Ujang dan Ketua Pengarang Star Publications, Datuk Wong Chun Wai yang menerima darjah Seri Mahkota Wilayah membawa gelaran Datuk Seri manakala Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Abdul Aziz Ishak dan Ketua Pengarang Bernama, Yong Soo Heong dianugerahkan Darjah Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk.


*KOSMO!

No comments:

Post a Comment