Monday, March 2, 2009

SUKAN

Piala Liga milik Manchester United




WEMBLEY – Piala Liga milik Manchester United.
Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.

Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.

Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan United menang 4-1.

Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.

David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.

Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.

Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.

Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.

Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir. – Agensi

Wednesday, February 18, 2009

Thursday, February 12, 2009

Oren salah 'potong' (O_o)



The 20 richest football clubs

1. Real Madrid, Spain, Euro365.8 million. 2. Manchester United, England, Euro324.8 million. 3. Barcelona, Spain, Euro308.8 million. 4. Bayern Munich, Germany, Euro295.3 million. 5. Chelsea, England, Euro268.9 million. 6. Arsenal, England, Euro264.4 million. 7. Liverpool, England, Euro210.9 million. 8. AC Milan, Italy, Euro209.5 million. 9. AS Roma, Italy, Euro175.4 million. 10. Inter Milan, Italy, Euro172.9 million. 11. Juventus, Italy, Euro167.5 million. 12. Lyon, France, Euro155.7 million. 13. Schalke, Germany, Euro148.4 million. 14. Tottenham, England, Euro145 million. 15. Hamburg, Germany, Euro127.9 million. 16. Marseille, France, Euro126.8 million. 17. Newcastle, England, Euro125.6 million. 18. Stuggart, Germany, Euro111.5 million. 19. Fenerbahce, Turkey, Euro111.3 million. 20. Manchester City, England, Euro104 million.

Arsenal striker Adebayor named Africa’s best player

LAGOS: Arsenal striker Emmanuel Adebayor was named African Footballer of the Year on Tuesday.

The Togo international beat Chelsea’s Ghanaian midfielder Michael Essien and Egyptian midfielder Mohamed Aboutrika in a poll of coaches and captains of African national teams by the Confederation of African Football (CAF).

It is the first major award for the lanky striker, recognised for his goals in the English Premier League and his role in helping Togo qualify for the last phase of the African qualifiers for the 2010 World Cup.

Adebayor, who turns 25 later this month, scored 24 goals in the Premier League last season. He got four goals in three games for Togo in their World Cup qualifiers.

Proud moment: Arsenal striker and Togo skipper Emmanuel Adebayor holding aloft his trophy after being named African Footballer of the Year on Tuesday. — AFP
“I’m very happy to have received this award,” he told a gala ceremony in Lagos. “I’m highly honoured by what I have done in African football and now that the World Cup is coming close and is in Africa, we’ll work hard to win the championship.”

South Africa host the 2010 World Cup, for which Togo are seeking to qualify for a second successive tournament. They start the last phase of the qualifiers with a match against Cameroon next month.

Adebayor succeeded Frederic Kanoute of Mali as winner of the award, which last year earned unwanted notoriety when officials decided to give it only to players willing to attend the annual CAF awards ceremony.

It meant Chelsea’s Ivory Coast striker Didier Drogba, the popular favourite, was unable to retain the award he won for his performances in 2006.

Ivory Coast striker Salomon Kalou, who also plays for Premier League Chelsea, was named African Young Player of the Year. — Reuters



Draw for Australia, Ji-sung rescues S. Korea with a late equaliser

TOKYO: Japan and Australia shared the spoils in Asian World Cup qualifying yesterday but there was a crucial win for North Korea, who beat Saudi Arabia to leave Nasser Al Johar’s side in serious trouble.

In Teheran, Manchester United star Park Ji-sung came to South Korea’s rescue with an 81st minute strike to cancel out Javad Nekounam’s goal to give them a battling 1-1 draw with Iran.

The Socceroos will feel fortunate to come away from Yokohama with a 0-0 draw after soaking up long periods of pressure, but it leaves them well positioned in Group 1 with 10 points from four games.

With three of their remaining four games at home, Australian coach Pim Verbeek was happy with the result as his side power towards their second consecutive World Cup Finals.

“The reality is that we did not have any preparation but we saw how professional the players were even with the eight hours’ time difference,” he said.

Frustrating day: Japan’s Shinji Okazaki (right) holding his head in disappointment after the 0-0 draw against Australia in their Asian World Cup qualifying match. — AP

“I think they deserve a big compliment. 0-0 away to Japan is a great result.”

Japan remain hot on their heels with two wins and two draws for eight points, while Mahmood Abdulrahman scored a 94th minute winner for Bahrain in their 1-0 victory over Uzbekistan in Tashkent.

It leaves the Uzbeks virtually out of the running with just one point, while Bahrain remain alive on four points, alongside Qatar.

Only the top two teams from each group qualify for South Africa while the third-placed teams play each other with the winners facing Oceania champions New Zealand for the final World Cup berth.

Japan coach Takeshi Okada was pleased to see his team play attacking football but disappointed that they couldn’t convert their chances.

“We made chances and played the kind of soccer we have been looking to play but unfortunately we were unable to get the win we were looking for,” he said, adding that it was nevertheless “a precious point”.

In Pyongyang, North Korea’s drive towards their first World Cup Finals since 1966 stayed on track with a vital 1-0 win over Saudi Arabia, leaving their opponents with a massive uphill task to qualify.

Mun In-guk was the North Korean hero, toe-poking the ball under Saudi keeper Waleed Abdullah in the 29th minute to put his side on seven points in Group 2 after four games.

The Saudis, who have made the last four World Cup Finals, are now in big trouble with just four points and four games to play, starting with a tough trip to Teheran next month to face Iran in a must-win match.

Played on an artificial surface in freezing temperatures at the Kim Il-Sung Stadium in Pyongyang, the Saudis had the opening chance when Tassier Al Jassim picked up the ball in the box but failed to produce the killer touch.

The Koreans soon woke up and were dangerous on the break.

Their patience paid off when captain Hong Yon-Jo’s lovely backheel found In-guk, with the midfielder making no mistake to put his team 1-0 in front, a lead they defended admirably.

Group leaders South Korea now have eight points after their 1-1 draw with Iran, who slip to third place on six points behind North Korea. — AFP

YDPA can act upon...

Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.

Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita. Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda. Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri. Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru. Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan. Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini. Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.

Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) -